Sabtu, 11 Julai 2020

GOLONGAN BELIA DISARAN CEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN

Johair turut melawat gerai gerai belia yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di pasar malam tersebut.

BEAUFORT: Golongan belia di negeri ini disarankan supaya tidak hanya menunggu peluang pekerjaan yang disediakan pihak kerajaan tetapi digalakkan terlibat dalam bidang  perniagaan dan keusahawan.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) kawasan Klias Datuk Hajah Johir Matlani berkata, sudah tiba masanya belia mencari alternatif dengan melibatkan diri dalam bidang itu yang banyak memberi peluang untuk ke tahap lebih baik.

“Kita perlu ubah corak supaya mereka ini (belia) tidak hanya tunggu peluang kerja kerajaan dan tidak berusaha dalam bidang perniagaan.

“Persepsi ini harus diubah memandangkan kini bidang perniagaan dan  keusahawanan bukan sahaja dikuasai oleh golongan dewasa malah golongan belia boleh menceburinya sebagai satu sumber pendapatan harian "katanya ketika berucap melancarkan semula Pasar Malam Belia di Uptown Beaufort malam kemarin.


Johair menyampaikan cendera mata penghargaan kepada pegawai Belia Beaufort yang turut hadir ke majlis tersebut 

Pasar malam tersebut menampatkan golongan belia  di daerah untuk  belia berniaga bagaimana pun terhenti seketika kerana penularan pandemik covid-19.


Johair (dua kiri ) berbual mesra dengan para belia yang berniaga di pasar malam tersebut 

Johair  berkata, belia perlu lebih menonjol dalam bidang keusahawanan dan perniagaan memandangkan merupakan kini mempunyai pelbagai platform untuk memasarkan produk mereka termasuklah berniaga secara dalam talian (on Line)

Selain itu menurut Johair yang juga Ketua Bahagian Warisan Beaufort kerajaan turut menyediakan pelbagai bantuan kepada golongan ini untuk menceburi bidang perniagaan antaranya gren bantuan kewangan dan latihan dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang perlu dimanafaatkan oleh golongan ini.

“Jika lebih mereka dapat menunjukkan minat dalam bidang usahawan ini tidak mustahil mereka boleh berjaya setanding dengan pekerjaan lain dan mampu pergi lebih jauh dalam bidang terbabit.

"Usaha dan semangat perlu diterapkan sejak awal lagi bagi mendidik orang muda berjaya dalam bidang berkenaan,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan