![]() |
| Hajah Siti Aminah Aching Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Beaufort |
KOTA KINABALU: Pergerakan Wanita UMNO bahagian Beaufort meminta agar UMNO meletakkan calonnya di kawasan Dewan Undangan negeri (DUN) N.26 Kuala Penyu pada Pilihanraya Umum akan datang yang sebelum ini diserahkan kepada UPKO kerana terikat dengan konsep perkongsian kuasa dalam Barisan Nasional.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO bahagian Beaufort Hajah Siti Aminah Aching (gambar) berkata pergerakan wanita UMNO bahagian itu menuntut kerusi tersebut memandangkan Adunnya sekarang Datuk Limus Jury telah mengumumkan keluar dari UPKO dan menjadi Adun Bebas.
" Pada PRU ke 15 UMNO perlu diberikan peluang bertanding di sini ,sebelum ini kita berikan laluan kepada UPKO sebagai kompenan BN tapi ketika itu ,tapi kini UPKO bukanlah dalam kompenan BN atau Pakatan Nasional jadi wajar kerusi ini diserahkan kepada UMNO " katanya ketika ditemui di sini sebagai mengulas kenyataan Ketua Umno Sabah Dato' Sri Bung Moktar Radin pada baru baru di FMT menyatakan UMNO Sabah akan mempertahankan
kerusi tradisi milik UMNO termasuk kerusi DUN yang berpotensi yang sewajarnya UMNO bertanding sekiranya PRU diadakan dalam masa terdekat ini.
Bagi menyokong fakta tuntutan ini Aminah berkata kemenangan UPKO yang mewakili BN dalam pilihanraya umum ke 14 lalu dikawasan ini, adalah hasil sokongan padu ahli ahli UMNO di bahagian Beaufort termasuk Kawasan Parlimen Beaufort.
" Berasaskan kepada fakta ini ada kewajarannya UMNO menuntut kerusi ini termasuk kawasan Parlimen Beaufort tidak kira siapa calon asalkan dari UMNO "Jelas Siti Aminah bagi menyokong seranan Bung .
Menurut Siti Aminah UMNO wajar mengambil kerusi tersebut kerana pihaknya mempunyai keyakinan tinggi untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN)/UMNO di kawasan berkenaan pada PRU akan datang.
"Jadi, saya fikir sudah sampai masanya untuk kami menuntut kerusi yang diserahkan kepada UPKO sebelum ini termasuklah meletakan semula calon UMNO bagi kawasan Parlimen Beaufort kerana kami yakin untuk mendapatkan kemenangan di kawasan tersebut' katanya
Dalam pada Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata rundingan akan dijalankan dengan parti lain selepas ini manakala kerusi dimenangi oleh UMNO tidak termasuk dalam rundingan.
Kenyataan Bung yang juga ahli Parlimen Kinabatangan itu susulan pengumuman Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa UMNO Sabah boleh memilih untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah.
Pada PRU14 lalu, UMNO Sabah bertanding di 14 kerusi Parlimen iaitu Kudat, Kota Belud, Sepanggar, Papar, Kimanis, Beaufort, Sipitang, Tenom, Beluran, Kinabatangan, Silam, Libaran, Semporna dan Kalabakan.
Bagaimanapun parti itu tewas di tujuh kerusi iaitu di Kota Belud, Sepanggar, Papar, Tenom, Silam, Semporna dan Kalabakan.







0 ulasan:
Catat Ulasan