Khamis, 25 Jun 2020

HYPERMARKET BATARAS BERSEDIA PASARKAN HASIL PERTANIAN MASYARAKAT KEMABONG:JAMAWI

Jamawi (dua dari kanan)  bersama pengurus Hypermarket Bataras Goh Thian Teck(kanan) merakamkan gambar kenangan selepas perbincangan tersebut 
KOTA KINABALU: Hypermarket Bataras pada dasarnya bersetuju membantu memasarkan hasil-hasil  pertanian penduduk kampung dari Kemabong.

Wakil rakyat kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata beliau telah mengadakan perbincangan awal bersama pemilik /Pengurus Hypermarket Bataras  Goh Thian Teck yang menyatakan kesediaan memberikan ruang untuk pemasaran.

" Pada dasarnya mereka bersetuju untuk memasarkan secara langsung hasil hasil pertanian dari kawasan Kemabong  di 21 buah Hypermarket Bataras di negeri ini" katanya ketika ditemui selepas mengadakan perbincangan bersama Pengurus Hypermarket Bataras Goh Thian Teck di sini kemarin.

Menurut Jamawi keyakinan syarikat itu untuk membantu memasarkan hasil pertanian masyarakat Kemabong kerana berkeyakinan dengan kesungguhan beliau untuk membangunkan dan memajukan sektor pertanian di kawasan Kemabong  bagi menjana pendapatan masyarakat setempat.

Jamawi berkata sebagai langkah awal sebuah pusat pengumpulan hasil hasil pertanian yang dilengkapi dengan sistem pembungkusan dengan pusat penyimpanan yang berteknologi tinggi akan dibangunkan di Kemabong.

" Kami akan melawat serta  mengenal pesti sebuah tapak yang sesuai untuk membangunkan pusat pengumpulan ini dan saya akan menyediakan peruntukan awal untuk membersihkan kawasan ini " katanya .

Jamawi (tiga dari kanan) bersama pegawai dari Pejabat Daerah dan UPPM Kemabong ketika melawat tapak cadangan Pusat Pengumpulan berhampiran Pekan Kemabong 

Jamawi menambah dengan peluang dan pembinaan pusat pengumpulan ini kelak diharap rakyat di kawasan Kemabong akan mengambil peluang untuk mengusahakan sektor pertanian sebagai sumber untuk menjana ekonomi mereka seharian.

" Dengan peluang ini akan membuka ruang lebih luas kepada penduduk setempat memasarkan hasil pertanian mereka tanpa bergantung kepada pemasaran penjualan hasil hasil pertanian di tamu tamu mingguan" katanya.

Bagaimanapun Jamawi mengingatkan agar para petani menghasilkan produk pertanian yang berkualiti bagi memastikan ianya mendapat harga serta pasaran yang baik.



0 ulasan:

Catat Ulasan