Rabu, 10 Jun 2020

HARGA KOMUDITI PERTANIAN TERJEJAS SEPANJANG PANDEMIK COVID-19 DAN PKP

Jamawi (tengah) bersama pegawai FAMA daerah Faizal (dua dari kiri) pada perjumpaan tersebut.

KEMABONG: Penularan wabak pandemik Covid-19 yang melanda dunia khususnya di negara ini dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut menjejaskan pendapatan petani dalam memasarkan hasil pertanian mereka

Ahli dewan undangan negeri Kemabong Jamawi Jaafar berkata beliau menerima aduan dari penduduk kampung mengenai perkara ini terutamanya penguasa tanaman pisang dan Pamelo  terpaksa menjual dengan harga murah kerana kurangnya permintaan dan laluan rentas negeri ke Sarawak dan Brunei yang dihentikan,malahan ada petani terpaksa membiarkan hasil di ladang sepanjang tempoh tersebut.

" Saya bersimpati dengan nasib golongan petani ini, bagaimanapun mereka perlu bersabar kerana musibah yang melanda negara diluar jangkaan bagaimanapun saya yakin bermula minggu ini dengan pembukaan semula semua perniagaan dan industri perhotelan termasuk restoran dan warung, pasaran akan kembali stabil dan permintaan akan semakin meningkat " katanya ketika ditemui selepas 
mengadakan perbincangan dengan pegawai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan  (FAMA)daerah Tenom Faizal Rani di pejabat FAMA daerah baru baru ini .

Hadir sama Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kemabong Burnley Balang dan pegawai pegawai kanan FAMA Daerah Tenom.

Menurut Jamawi ekoran dari pada penularan pandemik Covid-19 dan perlaksanaan PKP Pejabat FAMA daerah terpaksa menghentikan operasi tapak pasar tani kekal  sejak 28 Mac lepas dimana tapak pasar ini merupakan tempat bagi para petani memasarkan hasil pertanian mereka.

" Saya dimaklumkan oleh Pegawai FAMA Daerah tapak ini akan beroperasi semula pada 8 Jun bagi membolehkan para petani memulakan pemasaran hasil pertanian mereka" katanya

Jamawi (dua kiri) diiringi Faizal (kiri) dan Burnley (Kanan) ketika meninjau tapak operasi jualan FAMA yang ketika ini lenggang 

Menurut Jamawi penjadualan semula terpaksa diatur oleh FAMA
disebabkan jadual kapal laut yang berubah sepanjang bulan Jun ini.

Pada perjumpaan tersebut Jamawi juga dimaklumkan oleh pihak FAMA  mereka sedang mengkaji penawaran buah Avocado dan Durian Musangking di Kemabong/Tenom kerana adanya permintaan yang agak besar untuk export.

" Saya melihat cadangan ini amat positif dan rakyat khususnya di Kemabong perlu merebut peluang ini dengan mengusahakan tanah tanah mereka yang terbiar untuk tanaman buah buahan yang mempunyai hargai pasaran yang tinggi seperti durian musang king ,Avocado dan buah Pamelo " katanya 







0 ulasan:

Catat Ulasan