Khamis, 25 Jun 2020

96 PELAJAR SMK MEMBAKUT II MEMULAKAN SESI PEMBELAJARAN


Samjan (kanan) berbual dengan Awang Hazim dan guru guru yang lain sementara menunggu kedatangan pelajar ke sekolah tersebut.

MEMBAKUT : Seramai 96 Pelajar tingkatan  6 Atas dan tingkatan 5  SMK Membakut II  memulakan sesi persekolahan semula kemarin  selepas terhenti dalam tempoh  PKP ekoran penularan pandemik Covid-19

Tinjauan  di sekolah berkenaan mendapati, kesemua pelajar  mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah disusun atur lebih awal oleh pihak sekolah termasuk memastikan penjarakan sosial 1-meter di dalam klas



Samjan (dua kanan) memberikan taklimat kepada para pelajar sebelum sesi pembelajaran bermula 

Pengetua SMK Membakut II Samjan Juri berkata persediaan lebih awal telah dilakukan oleh pihak sekolah bagi mempastikan kelicinan perjalanan pembelajaran dalam norma baru selari dengan garisan panduan SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran 


" Kita juga turut mengingatkan tenaga pengajar dan pelajar agar sentiasa  juga sentiasa mengamalkan konsep 3W iaitu 'Wash' kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, 'Wear' iaitu memakai pelitup muka dan 'Warn' selari dengan arahan  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengawal penularan pandemik COVID-19" katanya ketika ditemui di sini pada khamis lepas .


Hadir sama bagi memantau keadaan Timbalan Yang Dipertua PIBG SMK Membakut II Awang Hazim AG Basir

Pemeriksaan tahap panas badan pelajar diambil sebelum memasuki kawasan sekolah 


Menurut Samjan terdapat enam kelas untuk pelajar tingkatan 5 yang melibatkan 72 orang pelajar  dan satu kelas tingkatan enam melibatkan 24 orang pelajar telah dibuka bagi memulakan sesi persekolahan kali ini.

" Pihak sekolah juga turut menyediakan beberapa unit sinki tempat mencuci tangan untuk kemudahan guru guru dan pelajar" katanya


Sementara itu pihak PIBG SMK  Membakut II turut berpuas hati dengan persediaan dan penyusuanan  kelas dan penandaan disemua kawasan termasuk di kantin dan tandas mengikut garis panduan yang ditetapkan  


Timbalan YDP PIBG Awang Hazim Ag Basir berkata ibubapa tidak   perlu khuatir keadaan anak-anak mereka sepanjang Pengajaran dan Pembelajaran (PDP)  di sekolah itu.


" Apa yang penting pelajar perlu mendisiplinkan diri dengan mengamalkan kebiasaan baru semasa berada di sekolah dan di luar sekolah" katanya 


Sementara itu kebanyakan para  pelajar yang ditemui menzahirkan kesyukuran dan keterujaan sebaik Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) boleh diteruskan, bagaimanapun tidak menafikan perlu membiasakan diri dengan Norma baharus berada di Sekolah tersebut.

0 ulasan:

Catat Ulasan