![]() |
| Jamawi bersama isteri ditujukan produk yang dihasilkan di Padas Farmstay semasa lawatan tersebut. |
KEMABONG: Wakil Rakyat Kawasan ini Jamawi Jaafar yakin Padas Farmstay akan berdaya maju dan menjadi destinasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi oleh orang ramai khususnya pelancong dari luar.
Katanya, Padas Farmstay pada masa ini bukan sahaja menyediakan inap desa yang selesa namun dalam masa yang sama turut menghasilkan produk hiliran Asam Boi buatan sendiri termasuk jus limau, minyak pati, enzim dan sebagainya daripada ladang mereka sendiri .
" Ini merupakan nilai tambah dan pengalaman baharu yang akan mendorong minat orang ramai khususnya pelancongan luar untuk melawat dan menginap di sini " katanya ketika melakukan lawatan ke pusat inap desa itu baru baru ini.
![]() |
| Jamawi (tengah) bersama isteri menunjukkan isyarat bagus sebaik melihat produk produk yang dihasilkan di Padas FarmStay . |
Menurut Jamawi Padas Farmstay yang dibangunkan dan dikendalikan oleh adik-beradik Tham di sepanjang Jalan Kemabong-Tenom bukan sahaja menyediakan penginapan inap desa namun usaha untuk menceburi industri hiliran turut memanfaatkan penduduk tempatan yang menanam pokok limau mereka sendiri dan menjualnya di Padas Farmstay.
![]() |
| Antara produk produk hiliran yang dihasilkan di Padas Farmstay |
Semasa lawatan tersebut Jamawi bersetuju untuk membantu mendapatkan peralatan tambahan memproses limau sebagai satu langkah untuk mengeluarkan lebih banyak produk agar masyarakat kampung dapat memasarkan hasil limau mereka di sini.
" Saya berharap penduduk kampung dapat mengusahakan tanaman Limau Kesturi atau Limau Kapas dimana dari segi pemasaran mereka boleh menjual di sini dan ini sudah tentu menjadi sumber pendapatan tambahan kepada penduduk kampung" katanya.
Setakat ini Pada Farmstay mengeluarkan kira kira seratus botol sehari produk yang mereka hasilkan yang menggunakan kaedah tradisional untuk mengeluarkan produk produk yang dihasilkan
Menurut Jamawi beliau sebagai wakil rakyat' dan kerajaan negeri sudah tentu menghargai usaha yang dilakukan oleh Padas Farmstay khususnya keluarga Tham yang membawa nilai kepada ekonomi Sabah.
“Dengan itu saya memberi mereka komitmen saya untuk membantu sedaya upaya saya melalui geran, pinjaman dan sebagainya oleh institusi kerajaan negeri yang menyediakan pelbagai bantuan dan khidmat nasihat" tambah Jamawi .









0 ulasan:
Catat Ulasan