![]() |
| Keadaan jalanraya Petani Lukut yang mengalami kerosakan yang serius sebelum diperbaiki |
BEAUFORT: Penduduk kampung Petani Lukut menzahirkan penghargaan dan terima kasih mereka kepada wakil Rakyat Lumadan Matbali Musah yang cakna dan proaktif mengatasi masalah jalanraya di kampung tersebut.
![]() |
| Beberapa buah lori membawa batu kelikir sumbangan ADUN Lumadan dan kerja kerja pembaikan dilaksanakan secara bergotong royong oleh penduduk kampung |
Wakil Penduduk Junlih Musrah berkata Jalan Petani ke Lukut yang menjadi laluan utama penduduk kampung terutamanya untuk mengeluarkan hasil pertanian mereka mengalami kerosakan yang serius sejak sekian lama sehingga sukar dilalui oleh kenderaan kecil.
Katanya isu kerosakan jalanraya ini menjadi berdebatan hangat (Viral) dalam satu kumpulan Whatsapp namun tiada tindakan konkrit yang diambil meskipun di dalam kumpulan tersebut disertai oleh pemimpin pemimpin yang boleh membawa isu berkenaan ke pihak atasan.
" Penduduk kampung amat berterima kasih kepada Matbali sebaik sahaja saya maklumkan kepada beliau semasa beliau berziarah ke kediaman saya maklumkan mengenai isu keesokan jalanraya ini dan sehari kemudian beliau menghantar beberapa beberapa buah lori berisi batu kelikir untuk menampal beberapa lubang lubang besar di jalanraya ini dimana perlaksanaannya dilakukan oleh penduduk kampung secara bergotong royong" katanya ketika ditemui di sini.
![]() |
| Matbali (dua dari kanan ) semasa ziarah di kediaman Junlih (kanan) dimana ketika ini beliau dimaklumkan mengenai keroskaan jalanraya tersebut. |
Menurut Junlih inilah cara terbaik dan berkesan yang dilakukan oleh wakil rakyat Lumadan yang tidak banyak bercakap tapi mengambil tindakan pentas dan proaktif dalam menangani aduan masyarakat kampung .
Sementara itu seorang penduduk kampung Norsalam juga turut menghargai jasa dan sumbangan Matbali yang juga Ketua Bahagian PBBM Sipitang yang mengambil langkah proaktif bagi jangka masa pandek untuk mengatasi masalah penduduk kampung yang menggunakan jalanraya tersebut.
Katanya untuk masa jangka panjang kerosakan jalanraya tersebut perlu dinaik taraf semula agar keroskanya tidak berulang.
" Perlu bagi pemimpin masyarakat tempatan membawa isu ini kepada kerajaan untuk memberikan peruntukan bagi menaik taraf semula jalanraya ini agar keroskan tidak berulang" katanya.
Menurut beliau kerja kerja menaik taraf semula perlu dilaksanakan dan diawasi perlaksanaannya agar mengikut sepekasi yang telah ditetapkan bagi memenuhi kualiti sebenarnya kerja kerja yang dilaksanakan.
" Kita bimbang kerana kerja kerja menaik taraf sebelum ini tidak mengikut sepekasi yang ditetapkan menyebabkan jalanraya ini cepat mengalami kerosakan" jelas beliau.









0 ulasan:
Catat Ulasan