Selasa, 9 Jun 2020

UMNO BEAUFORT SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN RUMAH DI KAMPUNG RANCANGAN KLIAS

Haji Mohd Fadzlee ketika menyampaikan sumbangan kepada isteri mangsa Saripah Kahar di kampung Rancangan Klias 


BEAUFORT: Cakna dengan musibah yang menimpa keluarga pesara Polis Yusuf Hasan bersama keluarga yang dilanda musibah kebakaran rumah minggu lepas UMNO bahagian Beaufort tampil menghulurkan sumbangan.

UMNO bahagian Beaufort yang diketuai oleh Ketua bahagianya Haji Mohd Fadzlee Abdullah bersama rombongan ahli jawatankuasa UMNO bahagian petang kemarin hadir ke kediaman keluarga mangsa di kampung Rancangan Klias bagi menzahirkan rasa simpati dengan sedikit sumbangan untuk meringankan beban mangsa yang terlibat .

" Hari ini UMNO bahagian Beaufort mengunjungi keluarga mangsa (Yusuf ) bagi menyampaikan rasa simpati disamping sedikit sumbangan bagi meringankan beban keluarga mangsa yang terlibat " katanya ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan tersebut kepada isteri Mangsa Saripah Kahar di kampung Rancangan Klias.

Dalam kejadian minggu lepas yang berlaku sekitar jam 9.30 pagi rumah mangsa musnah terbakar yang turut melibatkan sedikit bahagian dapur rumah mertua mangsa yang berhampiran .

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kes ini kecuali seorang  cedera di tangan ketika membantu memadamkan kebakaran rumah kakaknya

Mangsa yang berusia 38 adik kepada isteri pemilik rumah mengalami luka pada tangan kiri selepas dikatakan terkena cermin ketika ingin memadam kebakaran.


semasa kejadian ini hanya isteri kepada pemilik rumah Sharipah Kahar bersama tiga anaknya yang lain berada di rumah .


Maklumat awal api bermula dari bilik atas rumah namun punca kebakaran masih dalam siasatan pasukan bomba.
Dalam pada itu Mohd Fadzlee meminta ahli  keluarga  mangsa bersabar  dan redha atas apa yang berlaku dimana ianya merupakan ujian dari Allah SWT dan bersyukur tiada kemalangan jiwa yang berlaku.



















0 ulasan:

Catat Ulasan