Jumaat, 14 Jun 2019

3000 ORANG HADIRI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI BUNG

Bung bersama isteri melayan tetamu yang hadir ke majlis tersebut


KOTA KINABALU: Hampir 3,000 orang terdiri dari pemimpin masyarakat,ahli keluarga dan sahabat handai menghadiri majlis rumah terbuka Aidil Fitri pengerusi UMNO Sabah Dato' Sri Bung Moktar Radin di kediamannya di Layung baru baru ini.

Antara mereka yang hadir termasuklah Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin,Setiausaha UMNO Sabah Datuk Jafrey Arifin dan Ketua  Ketua UMNO bahagian .

Antara pemimpin UMNO yang hadir ke majlis tersebut

Ditemui di majlis tersebut Bung yang juga ahli Parlimen Kinabatangan berkata Rakyat perlu terus bersatu dan mengekalkan perpaduan harmoni meskipun mempunyai perbezaan pandangan dan fahaman politik.

Ambil peluang sahabat handai mengambil peluang merakamkan gambar kenangan bersama Bung dan Isteri bersama dua anak kembar mereka.

Katanya perayaan dan majlis sambutan rumah terbuka  Aidilfitri adalah wadah terbaik untuk memperkukuhkan perpaduan tanpa mengira kaum,agama dan fahaman politik.

Beliau berkata tidak ada untungnya jika saling bergaduh sesama sendiri hanya kerana tidak sependapat dalam fahaman politik.

" Alhamdulillah majlis saya hari ini dapat dihadiri oleh kaum keluarga rakan rakan walaupun berlainan bangsa agama dan fahaman politik masing masing yang menzahirkan sambutan  hari raya Aidilfitri ini kita hanya ada satu simbol iaitu ," silatulrahim" katanya ketika ditemui di majlis ini.

Bung melayan tetamu yang hadir di majlis tersebut

Menurut Bung rakyat jangan  terpisah (berpecah) hanya kerana perbezaan fahaman politik, sebaliknya perlu  terus memperkukuh hubungan silaturahim kerana perbalahan atau tiada persefahaman (dalam politik) tidak boleh menyelesaikan apa-apa masalah.

"Politik bukan 24 jam. Bukan setiap hari berpolitik. Apabila sampai pilihan raya nanti, maka, ketika itu kita akan menentukan apa pilihan kita," katanya

Menurut Bung lagi setiap pemimpin  perlu menjadikan parti politik sebagai platform menyatupadukan rakyat keseluruhannya dan bukan untuk memperjuang kepentingan peribadi.

"Politik adalah wadah untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat, dan pemimpin perlu menggunakan arena itu untuk memelihara kebajikan seterusnya menjamin kesejahteraan" katanya




0 ulasan:

Catat Ulasan