Isnin, 10 Jun 2019

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PRESIDEN PBBS SABTU INI


Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dan Datin Seri Panglima Hajah Normilah Siong menjemput rakyat ke majlis rumah terbuka Aidilfitri mereka di kampung Kaundo Beaufort


BEAUFORT: Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin  (gambar) bersama keluarga akan mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri pada Sabtu ini (15 Jun 2019)

Menurut Lajim majlis yang bermula jam 7.30 malam dan berakhir jam 12.00 tengah malam itu akan diadakan di dewan terbuka kampung Kaundo berdekatan dengan kediaman rasmi beliau .

Katanya selain barisan kepimpinan tertinggi persatuan ahli ahli persatuan majlis tersebut juga akan dihadiri oleh pemimpin masyarakat tempatan rakan taulan dan masyarakat di sekitar daerah Beaufort.

" Majlis ini bertujuan untuk beramah mesra serta mengeratkan silatulrahim antara pemimpin dan rakyat disamping meningkatkan persefahaman masyarakat tanpa mengira kaum,agama dan fahaman politik " katanya ketika ditemui di kediaman beliau di kampung Kaundo kemarin.

Sehubungan dengan itu Lajim yang juga Ketua Usia Bahagian Beaufort menjemput rakyat khususnya di kawasan Parlimen Beaufort hadir ke majlis ini untuk berkongsi kemeriahan disamping mengeratkan kebersamaan,perpaduan dan keharmonian kaum yang sudah menjadi budaya masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.


1 ulasan: