Isnin, 24 Jun 2019

UMNO SABAH PERLU DALAM KEADAAN SIAPSIAGA BUNG


Siapsiaga Bung (tengah) ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut. 
KOTA KINABALU : Pemimpin dan ahli UMNO di semua peringkat perlu berada dalam kedudukan siapsiaga menggerakkan jentera parti walaupun berhadapan dengan pelbagai bentuk cabaran .

Pengerusi UMNO Sabah Dato' Sri Bung Moktar Radin berkata kesiapsagaan ini perlu dimulakan dari sekarang  bagi mempastikan kemenangan akan dicapai pada pilihanraya akan datang.

" Semua pimpinan UMNO di peringkat akar umbi perlu bergerak dan diaktifkan bermula dari sekarang melalui pelbagai program selain sentiasa peka dengan masalah dan isu semasa yang dihadapi oleh rakyat" katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Biro Politik dan Strategi UMNO Sabah di bangunan UMNO Sabah petang kelmarin.

Hadir sama Timbalanya Datuk Yakub Khan , Bendahari UMNO Sabah Suhaimi Haji Nasir,Ketua Penerangan Datuk Raimi Unggi Ketua Pergerakan Wanita Datuk Hajah Dr .Jainab DSP Ahmad Ayid,Ketua Pergerakan Pemuda Ir .Abdul Aziz Julkarnain  dan Ketua Pergerakan Puteri Fadilah Sarbi

Menurut Bung Pemimpin dan ahli UMNO seharusnya mengambil peluang diatas isu isu semasa terutamanya kealfaan kerajaan Pakatan Harapan dan Warisan  di Sabah yang ternyata gagal mengotakan janji mereka termasuklah dalam soal mengurus ekonomi negara dan negeri sehingga memberikan impak yang negetif terhadap kesejahteraan rakyat keseluruhanya.

" Kita perhatikan keadaan ekonomi negara semakin merundum kos sara hidup yang semakin meningkat sehingga membebankan rakyat,peluang ini perlu kita perjelaskan kepada rakyat tentang kegagalan kerajaan yang ada hari ini mengurus pentadbiran dan ekonomi negara dengan baik" jelas Bung.

Bung (tengah) selepas mempengerusikan mesyuarat Perhubungan Umno Sabah

Pada sebelah malamnya Bung turut mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan UMNO Sabah yang turut membincangkan persediaan mesyuarat diperingkat bahagian bahagian di negeri ini.

Menurut beliau kesemua bahagian boleh mengadakan persidangan masing-masing mengikut jadual yang telah ditetapkan  tanpa sebarang masalah .

" Diminta mengulas dasas desus UMNO bakal menghadapi tindakan diharamkan Bung berkata itu hanya spkekusi tidak mudah bagi kerajaan hari ini mengharamkan UMNO sebuah organisasi yang telah berakar umbi dan mempunyai sistem pentadbiran yang efisien.

" Jika tindakan kejam ini pun dilakukan oleh kerajaan semangat ahli UMNO tidak akan pudar untuk terus berjuang dan kepimpinan UMNO sudah tentu mempunyai perancangan untuk menghadapi sebarang kemungkinan " katanya

0 ulasan:

Catat Ulasan