![]() |
| Presiden PBBS Janang Gayuh DSP Lajim menerima replika kunci dari Pegawai Daerah Beaufort semasa majlis tersebut. |
BEAUFORT: Kemelut hampir empat tahun yang dihadapi oleh Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) untuk mengurus takbir sendiri bangunanya berakhir apabila Pejabat Daerah Beaufort secara rasminya menyerahkan bangunan Pusat Kebudayaan dan Kesenian (PBBS) untuk diurus tadbir sendiri oleh persatuan tersebut.
Majlis penyerahan rasmi serentak dengan sambutan hari Raya Aidil Fitri (PBBS) telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Beaufort Haji Jupry Etok dan diterima oleh Presiden (PBBS) Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dibangunkan tersebut pada Rabu lepas.
![]() |
| Presiden PBBS Janang Gayuh DSP Haji Lajim Ukin menerima dokumen penyerahan pengurusan dari Pegawai Daerah Beaufort Jupry Etok. |
Antara yang turut menyaksikan majlis penyerahan tersebut Wakil Rakyat Lumadan Matbali Musah,Ketua Daerah Beaufort Haji Jusih Sarin,Pemimpin Pembangunan Masyarakat Klias Hajah Johair Matlani,Timbalan Presiden I dan II PBBS Haji Roslan Muharam dan Dr Siti Aidah Haji Lukin,Naib Naib Presiden dan Ahli majlis tertinggi (PBBS)
Berucap di majlis tersebut Jupry berkata telah tiba masanya bagi pejabat Daerah menyerahkan bangunan tersebut untuk diurus tadbir sendiri oleh PBBS memandangkan pejabat daerah tidak mempunyai peruntukan untuk menyelenggaranya .
" Bangunan ini adalah untuk PBBS dari peruntukan dari kerajaan persekutuan sebelum ini,jadi adalah lebih baik ianya diurus tadbir sendiri oleh persatuan ini" katanya.
![]() |
| Bangunan Pusat Kebudayaan dan Kesenian PBBS |
Bangunan yang dibina di keluasan tanah lima ekar ini mula dibina pada tahun 2014 dan siap sepenuhnya 2015 dengan peruntukan khas sebanyak 3 juta dari kerajaan persekutuan sebelum ini.
Selain memiliki ruang ruang pejabat ,gelari ianya juga mempunyai sebuah dewan yang boleh memuatkan sekitar seribu orang.
![]() |
| Presiden PBBS Janang Gayuh DSP Haji Lajim Ukin dan Pegawai Daerah Beaufort Jupry Etok merakamkan gambar kenangan bersama jemputan dan barisan ahli majlis tertinggi PBBS selepas majlis tersebut |
Ditemui selepas majlis ini Lajim turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan khususnya Pejabat Daerah Beaufort yang telah menyerahkan sepenuhnya hal ehwal pentadbiranya bangunan tersebut kepada PBBS.
Katanya berlaku kelewatan keputusan tersebut disebabkan beberapa masalah teknikal apalagi sebelum ini beliau selaku presiden tidak bersama kerajaan.
" Alhamdulillah hari ini PBBS diberikan kuasa untuk mengurus tadbir bangunan ini yang bukan sahaja menjadi pusat komuniti masyarakat Bisaya malah lain lain NGO boleh menggunakan kemudahan yang terdapat disini dalam kadar sewaan yang akan kita tentukan kelak" katanya.
Lajim berkata selain menjadi pusat komuniti persatuan khususnya masyarakat Bisaya pusat tersebut akan menjadi pusat untuk memertabatkan bangsa Bisaya melalui pelbagai kegiatan yang akan memperkenalkan budaya masyarakat Bisaya.
" Ianya juga akan menjadi wadah untuk memupuk perpaduan pelbagai kaum selaras dengan harapan pemimpin dan kerajaan yang meletakkan perpaduan sebagai eleman penting bagi memacu kemajuan negara yang harmoni" tambah Lajim.










0 ulasan:
Catat Ulasan