Isnin, 24 Jun 2019

MAINKAN PERANAN BAGI MAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN JAMAWI

Jamawi bersama rombongan menunjukan isyarat bagus ketika melawat satu tempat menarik dilawati di kawasan itu. 


KOTA BELUD : Pemain industri perlu memainkan peranan bagi mendakap produk pelancong berinovatif supaya menjadikan Sabah  sebagai destinasi pelancongan yang hebat dan menarik dilawati.


Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata, pengusaha pelancongan mesti bertanya sama ada mereka mempunyai rancangan strategik bagi menarik pelancong ke negara ini dan bersedia menawarkan yang terbaik bagi memenuhi citarasa pelancong dari pelbagai negara.


" Memajukan industri pelancongan di negeri ini  merupakan satu perkongsian antara kerajaan sektor swasta dan komuniti setempat  Saingan sihat antara satu sama lain juga penting dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan yang terbaik," katanya ketika ditemui selepas menyertai rombongan Persatuan Pelancongan Tenom yang mengadakan lawatan sambil belajar ke Melangkap View Cam Site  dekat sini sebuah pusat pelancongan yang diusahakan oleh komuniti di kampung tersebut.


Jamawi bersama rombongan merakamkan gambar kenangan bersama komuniti setempat

Menurut Jamawi dengan adanya lawatan seperti itu dapat mendedahkan ahli persatuan pengalaman baharu untuk dipelajari bagi memajukan lagi sektor pelancongan berasaskan komuniti khususnya di daerah Tenom dan daerah kecil Kemabong.

" Komuniti di sini (Kota Belud) telah lama bergerak dalam sektor pelancongan berasaskan komuniti justeru dengan adanya lawatan ini dapat memberikan ilmu pengetahuan baru bagaimana jalinan kerjasama komuniti setempat memajukan sektor pelancongan selain daripada perkhidamatan dan pemasaran " katanya.
Jamawi turut menjelaskan tujuan lawatan mereka ke pusat komuniti pelancongan tersebut


Beliau menjelaskan pentingnya pengusaha pelancongan menambah nilai dan memberi kelainan kepada tawaran produk masing-masing di samping meningkatkan promosi agar lebih menarik, komprehensif dan berdaya saing.

" Ini selaras dengan dasar kerajaan serta wawasan saya sebagai Wakil Rakyat Kemabong agar sektor pelancongan di kawasan ini bergerak maju ke hadapan boleh menjana pendapatan negeri dan rakyat khususnya di kawasan ini.

Sungai Melangkap antara yang menarik dilihat di kawasan ini. 

Jamawi menambah di Kemabong saja usaha untuk menjana sektor pelancongan akan terus dilipatgandakan malah beberapa tempat seperti  Rundum Haighland ,Marais Centera Yang diusahakan berasaskan komuniti sudah mula dikenali bukan sahaja di kalangan orang tempatan malah termasuk pelancong dari luar negara.

Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan menegaskan bahawa dalam era digital ini, negara  tidak lagi dapat mempromosikan potensi bidang pelancongan negara menerusi kaedah konvensional.

Katanya ,pengusaha pelancongan khususnya di daerah Tenom dan Kemabong perlu mengamalkan keadah yang lebih kreatif dan proaktif dengan menggunakan sepenuhnya media sosial, laman perkongsian penginapan dan aplikasi mudah alih bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan masing-masing.

0 ulasan:

Catat Ulasan