![]() |
| Shuryani(tengah) bersama ahli jawatankuasa Perwisa selasai kemasukan kuih muih sumbangan yang akan diserahkan kepada Ketua Menteri untuk diagih-agihkan kepada penerima |
KOTA KINABALU: Seperti kelaziman menjelang sambutan hari raya Aidil Fitri Persatuan isteri Wakil-wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri Sabah (Perwisa) turut tidak ketinggalan mengagih-agihkan sumbangan Kuih Muih dan ketupat kepada pasukan keselamatan .
Pada tahun ini (Perwisa) menyampaikan sumbangan tersebut kepada Markas Pemerintahan Armada Timur,Polis Diraja Malaysia,Tentera Udara Diraja Malaysia,ESSCOM,Maritim,Jabatan Bomba dan Penyelamatan,Jabatan Penjara Angkatan Tentera Malaysia Divisyen ke-5 dan Angkatan Tugas Bersama.
![]() |
| Shuryani (duduk) memerhatikan ahli jawatankuasa Perwisa menyusun atur kuih muih untuk dimasukkan ke dalam kotak. |
Yang Dipertua (Perwisa) Datin Seri Shuryani Shuib berkata sumbangan tersebut sebagai penghargaan (Perwisa) kepada anggota pasukan keselamatan yang menjaga keselamatan negara dan bertugas semasa sambutan Hari Raya Aidil Fitri selain terpaksa berjauhan dengan keluarga .
" Seperti tahun tahun yang lalu sumbangan ini kita teruskan kepada seluruh anggota pasukan keselamatan sebagai ingatan dan penghargaan kami terhadap jasa dan khidmat bakti mereka menjaga keselamatan negara dan terpaksa bertugas di hari raya Aidil Fitri " katanya ketika ditemui selepas mengetuai ahli jawatankuasa (Perwisa) menyusun keperluan sumbangan di kediaman rasmi Ketua Menteri di Likas kemarin.
Menurut Shuryani majlis penyerahan sumbangan tersebut akan diserahkan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Sahfie Apdal untuk dalam diagih-agihkan kepada anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang dijadualkan pada 14 Mei ini penerima dalam satu majlis di Dewan Bankuasi Pusat Pentadbiran Negeri Sabah Teluk Likas.

| Ahli jawatankuasa Perwisa bekerja sama untuk menyediakan kuih muih yang disumbangkan kepada anggota pasukan keselamatan |
Menurut Shuryani majlis penyerahan sumbangan tersebut akan diserahkan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Sahfie Apdal untuk dalam diagih-agihkan kepada anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang dijadualkan pada 14 Mei ini penerima dalam satu majlis di Dewan Bankuasi Pusat Pentadbiran Negeri Sabah Teluk Likas.

0 ulasan:
Catat Ulasan