Ahad, 10 Mei 2020

MANGSA KEBAKARAN RUMAH DI KAMPUNG SUMANDALOM KEMBONG DIBANTU

Jamawi yang diiringi mangsa Sambayang meninjau kesan kebakaran rumah tersebut.


KEMABONG : Satu  sekeluarga hilang tempat tinggal selepas rumah didiami mereka musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Sumandalom dekat sini dua minggu  lalu.
Kunjungan kedua Jamawi menyartai penduduk setempat bergotong royong memasang dinding rumah sementara mangsa.
Mangsa, Sambayang Kiri 60 berkata, segala barang keperluan harian, termasuk dokumen penting musnah dalam kejadian berkenaan, menyebabkan beliau dan anggota keluarga lain tinggal sehelai sepinggang.

Jamawi pada ziarah pertama  menyampaikan sumbangan kewangan dan keperluan makanan kepada mangsa bagi meringankan beban mereka

Kejadian berlaku sekitar jam 4.00 pagi dipercayai berpunca dari bahagian dapur rumah yang memusnahkan keseluruhan  struktur rumah yang diperbuat daripada papan yang menyebabkan api cepat merebak.

Jamawi pada ziarah kedua membawa bahan bahan binaan untuk membina rumah sementara mangsa 

Pihak Bomba turut dihubungi bagaimana oleh kerana kampung ini terlalu jauh dari pekan Tenom sebaik sahaja pasukan Bomba tiba  dilokasi kejadian keseluruhan bangunan rumah tersebut telah pun terbakar sepenuhnya.

Sambayang yang tinggal bersama isteri dan seorang anak tetap bersyukur kerana semua ahli keluarga selamat dalam kejadian yang dikatakan berlaku dengan sangat pantas itu.

Wakil Rakyat kawasan Kemabong Jamawi Jaafar yang dimaklumkan tentang kejadian ini turut melakukan dua kali ziarah kepada keluarga mangsa yang terlibat.

Kunjungan pertama selain menyampaikan ucapan takziah dan bersimpati dengan kejadian yang menimpa mangsa dan keluarga ,Jamawi juga turut menghulurkan bantuan makanan dan kewangan selain berjanji membantu menyediakan alat-alat binaan untuk mangsa dan keluarga membina kediaman sementara yang ketika ini menumpang di rumah kebudayaan di kampung tersebut.

Pada kunjungan kedua kemarin Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong kerajaan turut membawa alat-alat binaan seperti papan dan sebagainya sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini.

" Hari ini sekali lagi saya melakukan ziarah kepada keluarga mangsa dengan membawa alat-alat binaan bagi menyiapkan rumah sementara untuk mereka tinggal selain selepas ini saya akan usahakan memohon peruntukan dari kerajaan agar  mangsa ini diberikan  keutamaan untuk memperolehi rumah PPRT" katanya ketika ditemui di sini.

Hadir sama Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kemabong Burnley Balang.

Sementara itu mangsa Sambayang Kuri ketika ditemui menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih beliau kepada Jamawi yang beliau sifatkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat.

" Saya bersama keluarga merasa amat terharu dengan kesudian serta kesungguhan beliau (Jamawi) membantu kami dalam menghadapi saat sukar ini begitu juga kepada pemimpin masyarakat yang lain di kawasan ini" katanya.






0 ulasan:

Catat Ulasan