Khamis, 14 Mei 2020

DUA PUSAT KUARANTIN DITENOM MULA BEROPERASI:JAMAWI

Jamawi (tiga dari kanan) menunjukkan isyarat terbaik selepas melawat pusat kuarantin di Taman Pertanian Lagud Seberang 

TENOM: Dua pusat kuarantin di daerah ini telah diwujudkan  iaitu di Taman Pertanian Lagud Seberang yang sudah pun mula beroperasi  dan sebuah lagi menyusul di  Pusat Giat Mara Tenom.

Wakil Rakyat kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata setakat kemarin seramai 50 orang terdiri dari pelajar dan pekerja yang balik dari semenanjung telah ditempatkan di pusat Kuarantin Taman Pertanian  Lagud Sebarang
Jamawi (tiga dari kanan) mendengar taklimat dari Pengurus Giat Mara Tenom Didie Norhazrilah Latif selepas melawat pusat kuarantin tersebut 

Menurut beliau Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Tenom telah menetapkan Pekerja yang balik daripada Semananjung Malaysia atau Zon Merah di Sabah dan pelajar harus menjalani kuarantin 14 hari di pusat ini sebelum mereka balik ke rumah keluarga masing-masing .

" Saya melawat kedua dua Pusat Kuarantin  ini  keadaannya memuaskan dengan kelengkapan yang disediakan dan tiada rungutan dari mereka yang menjalani kuarantin di sini" katanya ketika ditemui selepas meninjau pusat kuarantin tersebut kemarin .


Turut serta Timbalan  Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Covid 19 merangkap Penolong Pegawai Daerah Tenom  Mas Sazwan, dan Martinus Lunggeh, penolong Pegawai Daerah  Kemabong Yuesri Ismail Yusof dan PPM Kemabong Burnley Balang.
Terbaik Jamawi menunjukkan isyarat bagus semasa melawat bilik penginapan di pusat Kuarantin Giat Mara Tenom

Beliau memuji usaha yang dilakukan oleh (PKOB) Tenom yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dengan persediaan pusat kuarantin daerah yang teratur bagi membolehkan mereka yang menjalani kuarantin berada dalam keadaan selesa semasa menjalani kuarantin.

Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan walaupun daerah Tenom dan Kemabong masih bebas dari paramedik Covid-19 namun setuasi tersebut tidak wajar melalaikan semua pihak justeru langkah berhati hati dan mematuhi arahan kerajaan khususnya KKM wajar diberikan keutamaan oleh penduduk di kawasan ini .

" Usaha (PKOB) daerah untuk mewajibkan setiap penduduk yang datangnya lain daerah terutamanya dari zon  merah ,golongan pekerja dan pelajar dari semenanjung perlu menjalani kuaratin sebelum kembali ke rumah masing masing bukan bertujuan membebankan tapi lebih kepada usaha untuk memutuskan rangkaian wabak Covid-19" katanya.

Sehubungan dengan itu beliau meminta mereka yang terlibat agar memberikan kerjasama sepenuhnya demi kebaikan semua pihak.

0 ulasan:

Catat Ulasan