Sabtu, 16 Mei 2020

GOLONGAN ASNAF DI DUN KEMABONG TERIMA SUMBANGAN JAMAWI

Jamawi diringi oleh Burnley dan kaki tangan Pusat Khidmat Adun Kemabong menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pengerusi masjid sempena majlis tersebut.

TENOM : Menjelang seminggu lagi sambutan hari raya Aidilfitri golongan asnaf di daerah kecil Kemabong tidak dilupakan .

Petang kemarin bertempat Pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong di Tenom,Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong Jamawi Jaafar menyampaikan sumbangan keperluan aidilfitri kepada golongan asnaf di kawasan DUN Kemabong.

Sumbangan diserahkan kepada semua Pengerusi Masjid dan Surau di Kemabong untuk diagih-agihkan kepada golongan asnaf di kawasan masing-masing.

" Seperti tahun tahun yang lalu menjelang Aidilfitri golongan asnaf tidak pernah dilupakan, bagaimanapun tahun ini saya tidak berpeluang untuk turun padang menyerahkan satu persatu kepada penerima  kerana terikat dengan larangan PKP justeru ianya diserahkan kepada pengerusi masjid dan surau untuk agihan di kawasan masing-masing" katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan tersebut di sini.

Hadir sama Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kemabong Burnley Balang.


Jamawi turut menyampaikan sumbangan penutup mulut dan hidung kepada pengerusi pengerusi masjid dan surau sempena majlis tersebut.

Menurut Jamawi semenjak negara di landa paramedik Covid-19 ditambah dengan larangan PKP semua rakyat terkesan apalagi golongan asnaf untuk mencari rezeki ,justeru tambah Jamawi sedikit sumbangan tersebut diharapkan dapat meringankan bebanan mereka yang terjejas.


Jamawi berharap dengan sedikit sumbangan tersebut dapat meringankan beban golongan asnaf di Kemabong 

Dalam pada itu Jamawi yang juga Ketua Belia Usia Sabah turut mengingatkan pengerusi masjid dan surau di daerah ini agar mematuhi peraturan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri bagi larangan untuk mengerjakan solat sunat Aidilfitri di seluruh masjid dan surau di negeri ini.

Katanya Mufti Negeri Sabah Datuk Aziz Bungsu telah pun mengeluarkan arahan tersebut baru baru ini dan berharap semua pihak mematuhinya .

" Kita faham perasaan umat Islam dengan arahan ini bagaimanapun kita kena redha demi mengelak penularan wabak Covid-19  sehingga menjejaskan kesihatan masyarakat keseluruhannya" katanya.

Tambah Jamawi lagi dalam setuasi sekarang majlis rumah terbuka sempena hari raya aidilfitri perlu dielakkan hanya berkumpul di kalangan keluarga terdekat dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan terutamanya dalam aspek kebersihan diri dan keluarga .

Beliau juga bersama  mengambil kesempatan  mengucapkan selamat menjalani ibadah Ramadhan pada minggu terakhir dan  hari raya aidilfitri yang  dalam kesmenjelang tiba dan berharap ianya disebut sederhana  dengan  norma baharu.

0 ulasan:

Catat Ulasan