![]() |
| Ketua Belia Usia bahagian Tenom Imam Mohd Taslim Tahir menwakili Jamawi menyampaikan sumbangan pelitup muka kepada pengerusi masjid kampung Mandalom |
KEMABONG: Meskipun dalam Perintah Kawalan Pergerakan(PKB) ianya tidak menghalang Jabatan Penerangan Daerah
Dengan mematuhi tatacara pengendalian piawai SOP yang ditetapkan program ini bergerak ke berapa buah masjid di kawasan Kemabong dan Melalap .
Ketua Belia Usia bahagian Tenom Imam Mohd.Taslim Haji Tahir yang mewakili Ketua Belia Usia Pusat yang juga Adun Kemabong Jamawi Jaafar berkata program ini merupakan Pengimarahan bulan Ramadhan walaupun Dalam suasana sukar disebabkan Pandemik Covid-19 yang melanda Negara ketika ini.
![]() |
| Turut disampaikan bubur lambuk,kueh muih untuk juadah berbuka puasa. |
" Program ini digerakan mengikut peraturan SOP yang ditetapkan tanpa perhimpunan orang ramai dalam majlis yang diadakan dengan diisi tazkirah agama secara On Wheel's(secara rakaman) dipancarkan melalui pembesar suara untuk didengar oleh penduduk kampung " katanya ditemui semasa program program Tazkirah Ramadhan OnWhells di kampung Mandalom dekat sini baru baru ini.
Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Tenom Mas Syazwan Massod,Pegawai Penerangan Daerah Tenom Shiman Rahman dan Pegawai Takbir JHEAINS Tenom Mohd Hanif Kifly
Menurut Mohd Taslim yang juga Penolong Setiausaha Badan Belia Usia Pusat selain tazkirah agama ,hebahan langkah langkah pencegahan pandemik Covid-19 dan pematuhan PKPB juga turut dijelaskan bagi memberikan kefahaman kepada masyarakat luar bandar.
" Selain itu kita juga memberikan sumbangan juadah berbuka puasa kepada penduduk setempat dan sumbangan
Pelitup muka sumbangan " katanya.
![]() |
| Tazkirah agama dan ceramah langkah langkah pencegahan pandemik Covid-19 disampaikan melalui corong pembesar suara . |
Selain program tersebut diadakan di kampung Mandalom sebanyak 14 kampung lain di kawasan Parlimen Tenom yang merangkumi dua kawasan DUN Melalap dan Kemabong turut diadakan .









0 ulasan:
Catat Ulasan