Isnin, 18 Mei 2020

PERKIS LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SOSIALNYA

Lajim (enam dari kanan) mengetuai penyerahan juadah berbuka puasa di Hospital Daerah Beaufort.

BEAUFORT: Meskipun belum sampai setahun ditubuhkan di negeri ini, Persatuan Kebajikan Islam Sabah (PERKIS) aktif melaksanakan program tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat.

Terbaru persatuan tersebut telah menyampaikan sumbangan juadah Berbuka Puasa kepada petugas barisan hadapan iaitu pihak Polis ,Bomba dan Hospital di daerah Beaufort.

Majlis yang dianjurkan oleh (PERKIS) Bahagian Beaufort itu turut dihadiri oleh Presidenya  Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin  yang menyerahkan sendiri sumbangan kepada penerima .

Lajim bersama rombongan ketika menyampaikan sumbangan juadah berbuka puasa di Balai Polis Beaufort.


Sebelum ini (PERKIS)juga telah menyampaikan sumbangan serupa di sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu selain sumbangan kepada,pasukan petugas barisan hadapan di Kota Kinabalu,Hospital  dan bantuan kepada golongan asnaf di Sepanggar dan Beaufort.
Lajim (empat dari kiri) ketika menyampaikan sumbangan di Hospital QEH 1 Kota Kinabalu.

Menurut Lajim sebagai sebuah persatuan yang bersifat NGO selain fokus utamanya dalam bidang dakwah tanggungjawab sosial kepada golongan yang memerlukan tidak diabaikan.

Lawatan dan penyerahan sumbangan juadah berbuka puasa yang diketuai Lajim di sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu.

Lajim berkata sumbangan kepada barisan hadapan dalam menangani penularan pandemik Covid-19 sebagai penghargaan persatuan tersebut kepada mereka yang bertugas tanpa mengira penat lelah ketika menjalankan tugas demi mencegah penularan virus Covid-19 dan penyelarasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

" PERKIS baru saja diluluskan pendaftarannya selain fokus utama kita kepada bidang dakwah tanggungjawab sosial kepada masyarakat juga turut kita laksanakan" katanya ketika ditemui selepas agihan sumbangan berbuka puasa di Beaufort baru baru ini.

Hadir sama Timbalan Presiden PERKIS Haji Sani Abdul Maarif dan Ketua Bahagian PERKIS Beaufort Haji Jusoh Haji Sarin.

Menurut Lajim yang juga Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) melalui kegiatan turun padang masyarakat akan lebih mengenali peranan PERKIS apa lagi persatuan tersebut baru ditubuhkan masih ramai masyarakat belum mengenalinya.


Lajim (tiga dari kanan) semasa menyampaikan sumbangan keperluan makanan kepada pasukan barisan hadapan Polis di Kota Kinabalu.

Dalam pada itu Lajim berkata PERKIS ketika ini sedang menyusun penubuhan cawangan cawangan dan bahagian bahagian di seluruh Sabah dan antara bahagian yang sudah diwujudkan bahagian Beaufort Kota Kinabalu, Sepanggar dan lain lain bahagian.

" Setakat ini sambutan memang begitu menggalakkan dan dalam tempuh terdekat ini lebih banyak cawangan cawangan dan bahagian bakal diwujudkan di peringkat penaja" katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan